Through the past

Tuesday, July 5, 2011

Love/cinta = ?

Assalamualaikum guys. Okay, I guess today I'll be using Bahasa Melayu for my entry because I'll be talking about love and English would only make my words limited. This shows that my english is still need improvation.*hoi! apa nih? kata nak pakai bahasa melayu! speaking lagi apsal?*

Baiklah. Kalau disebut mengenai cinta, mesti ramai yang berminat terutama lagi kalangan remaja yang sedang mengalami peningkatan hormon dalam diri mereka.

Ramai yang sering mengatakan bahawa cinta itu buta, cinta itu menyakitkan dan cinta itu mengaburi fikiran logik manusia. Adakah benar cinta itu buta? adakah benar cinta itu menyakitkan? adakah benar cinta itu mengaburi fikiran logik manusia? Bagi saya, kenyataan seperti ini hanya dikeluarkan oleh orang-orang yang tidak tahu cara bercinta dengan betul atau pun kata yang kasarnya, mereka ini bodoh. Hanya orang-orang bodoh sahaja akan cakap benda-benda yang sedemikian.

Ramai yang ber"couple" pada usia remaja di zaman persekolahan mereka dan saya pasti hanya segelintir sahaja yang berjaya mencapai matlamat iaitu berkahwin. Juga saya yakin sebilangan besar remaja yang ber"couple" ini tidak tahan lama. Ada juga manusia yang sering bertukar-tukar pasangan seperti tukar baju bundle yang ada kat almari masing-masing. Ini membuatkan saya tertanya-tanya, apakah erti ber"couple"/ bercinta pada orang-orang macam ini? Adakah hanya sebagai pemuas nafsu atau pun hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan mereka yang masih single?

Remaja yang bercinta ini juga suka menyusahkan kawan-kawan dengan kisah cinta yang sedang dilaluinya. Mereka tak sedar, kawan-kawan diorang semuanya jadi hypocrite bila dia buka mulut pasal kisah cintanya yang kononnya seronok dan indah. Padahal, selalunya duk bertandang kat sebelah kawan menangis-nangis sebab bergaduh dengan pasangan laa, pasangan minta clash laa dan sebagainya sampai membuatkan kawan-kawan rasa menyampah dengan perangai orang-orang yang bodoh dalam percintaan. Kalau nak bercinta, jangan kacau hidup orang lain. Kalalulah kawan saya yang ber"couple" datang kat saya sebab perlukan nasihat untuk hilangkan rasa sengsara bercinta, saya akan suruh dia clash sahaja. Konfem terus aman hidup dia.

Tidak perlu nasihat-nasihat untuk mengembalikan ketenangan dalam ber"couple". Tak layak. Tak pernah terfikirkah wahai remaja-remaja yang sedang bercinta, apakah hak kamu untuk berdamping dengan lelaki/perempuan yang bukan muhrim yang tiada ikatan pertunangan atau pun perkahwinan dengan kamu? Orang yang bertunang pun sepatutnya mempercepatkan perkahwinan agar dapat merasai kemanisan cinta yang sebenar dengan pasangan yang telah dihalalkan keatas dirinya.

Tak payahlah sibuk-sibuk bercinta-cintun ketika zaman persekolahan. Tak ada bawa faedah langsung. Mengganggu masa depan ada lah. Takut sangat terlepas perempuan/lelaki idaman? kalau betul lah itu jodoh kau, kau sambung belajar sampai sebelah dunia pun kau tetap akan berkahwin dengan orang itu. Kalau jodoh kau bukan dengan perempuan idaman kau, terima sahaja dengan redha. Tak payah nak menangis air mata darah. Jangan sesekali nak menangis atas hak orang lain. Tak tahu malu ker?

Cinta itu sebenarnya sangat indah. Iman dan ilmu sahaja dapat melahirkan perasaan cinta yang sebenar yang Allah anugerahkan kepada hambanya. Jangan pandang rendah dengan cinta kerana cinta sama ada boleh mendatangkan kebahagian atau kesengsaraan orang yang ingin mengecapinya. Sedar diri sebelum bercinta, kalau tak, macam-macam masalah kau dapat. Nak bercinta mestilah mempersiapkan diri dengan ilmu agama. Kalau setakat ilmu yang pikat orang buat apa? Cermin diri tuh sikit, layak atau tak untuk bercinta? dah kerja? duit ada? Kalau duk kikis duit mak bapak kau tuh, baik tak payah bercinta. Menyusahkan orang jer.

Kalau anda sedang bercinta, walau apa sekali pun, ibu dan ayah adalah orang yang sangat penting dalam hidup. Jangan terlalu sayangkan sangat pasangan anda hinggakan mak ayah sendiri terabai. Konfem perkahwinan anda tidak aman. Redha Allah terletak pada redha mak ayah kita. Ingat itu sampai mati.

1 comment:

farha hizam said...

kata2 yang sangat betul ^^v